Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kawasan Semambu dibangunkan pada tahun 1960-an manakala sebelum ini lebih dikenali dengan nama Semambu Estate, Jeram.
Pada tahun 1983, nama Semambu Estate ditukar kepada Semambu dimana pada awalnya penduduk Semambu mempunyai jumlah penduduk 2000 ke 3000 orang sahaja. Kawasan Semambu ini mempunyai berbilang kaum dan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. India 40 keluarga, Cina 120 keluarga, Melayu 335 keluarga.
Sebelum ini, merupakan kawasan perkuburan komunis, gua, kolam dan sungai galing.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PERTANDINGAN MEWARNA ATAS TALIAN DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA TABIKA KEMAS BALOK 
Aktiviti Terkini | 9 Disember 2022
Program mewarna atas talian dan taklimat ringkas klik dengan bijak ketagihan gajet dan buli siber bersama pelajar tabika kemas balok kerjasama PEDi Kampung Balok dan PEDi Semambu. ...baca selanjutnya
KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR
Aktiviti Terkini | 2 Disember 2022
Kelas Asas Fotografi ini kerjasama 6 buah PEDi yang lain iaitu PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu, PEDi Semambu dan PEDi Kg Seri Damai....baca selanjutnya
BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI KLUSTER KUANTAN & PEKAN
Aktiviti Terkini | 26 & 27 November 2022Bengkel MIV ini bertujuan untuk mengumpal semua MIV di Kuantan dan Pekan bagi berhimpun dan mendengar beberapa slot khas yang telah disediakan. Seramai 49 peserta dari 17 PEDi telah menghadiri bengkel ini....baca selanjutnya
BENGKEL & PAMERAN MIV SK CHENGAL LEMPONG
Aktiviti Terkini | 12 November 2022Program bengkel MIV dan ICT anjuran kerjasama PEDi Kampung Balok, PEDi Semambu, PEDi Sri Mahkota Jaya, dan PEDi Kampung Ubai bersama SK Chengal Lempong. ...baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN “TIKTOKSHOP & GO-ECOMMERCE”
Aktiviti Terkini | 4 November 2022Kelas tiktok shop dan juga e-commerce kerjasama PEDi Semambu dan PEDi Balok....baca selanjutnya
PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA PAHANG
Aktiviti Terkini | 28 - 30 Oktober 2022Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pahang selama tiga hari bermula 28 Oktober sehingga 30 Oktober 2022. Pelbagai booth usahawan daripada pelbagai agensi dan juga usahawan wakil dari PEDi terpilih menyertai program ini. Selain itu, pelbagai kaunter perkhidmatan pelbagai Kementerian dan Agensi. Turut diadakan program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia. Ruangan MCMC seperti Klinik Aduan, program kesedaran Klik Dengan Bijak, cabutan bertuah dan juga kuiz-kuiz interaktif yang pasti menghiburkan....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SIBER MCMC BERSAMA PIHAK INDUSTRI TELEKOMUNIKASI NEGERI PAHANG
Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2022Pejabat MCMC Negeri Pahang telah mengadakan Program Advokasi Siber Bersama Pemain Industri Telekomunikasi Negeri Pahang pada 11 Oktober 2022 bertempat di AC Hotel, Kuantan.Seramai 100 pemain industri telekomunikasi negeri Pahang telah hadir menjayakan program. Turut serta petugas dari PEDi di sekitar Kuantan....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE: HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 21 September 2022Perkongsian tentang apa itu Sambutan Hari Malaysia....baca selanjutnya
BENGKEL GRAFIK & PERTANDINGAN REKA CIPTA INFOGRAFIK PERINGKAT DAERAH 2022 KERJASAMA PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG BALOK PANTAI, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI BUKIT SAGU & PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI.
Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2022Pertandingan melakar poster digital menggunakan website CANVA bertemakan kerjaya impian serta pameran dan aktiviti Klik Dengan Bijak oleh wakil MCMC dan petugas PEDi....baca selanjutnya
BENGKEL PEMERKASAAN & HALA TUJU PEDI NEGERI PAHANG
Aktiviti Terkini | 5 & 6 Julai 2022Perkongsian tentang hala tuju PEDi bagi tahun 2022...baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE: DERMA DARAH
Aktiviti Terkini | 12 Jun 2022Perkongsian tentang apa itu derma darah, siapa yang boleh derma dan kelebihan derma darah....baca selanjutnya
JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & KDB RAYA
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE: TEKNIK-TEKNIK PENIPUAN BARU DALAM SHOPEE
Aktiviti Terkini | 18 April 2022Perkongsian beberapa teknik baru penipuan ketika membeli belah di Shopee...baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE: LAMAN WEB ONLINE SHOPPING DI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 16 Mac 2022Perkongsian beberapa laman web pembelian atas talian yang berada di Malaysia....baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE: PENGASAS KOMPUTER TERKENAL
Aktiviti Terkini | 13 Febuari 2022Perkongsian berkaitan jenis-jenis komputer yang terkenal di pasaran...baca selanjutnya
FACEBOOK LIVE: KLIK DENGAN BIJAK:PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini | 11 Januari 2022Berkongsi apa itu pengurusan risiko dalam talian ...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya