BENGKEL GRAFIK & PERTANDINGAN REKA CIPTA INFOGRAFIK PERINGKAT DAERAH 2022 KERJASAMA PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG BALOK PANTAI, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI BUKIT SAGU & PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI.

Aktiviti terkini |10 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Sk. Chengal Lempong

Ringkasan Aktiviti :
• Pertandingan melakar poster digital menggunakan website CANVA bertemakan kerjaya impian serta pameran dan aktiviti Klik Dengan Bijak oleh wakil MCMC dan petugas PEDi.


Tujuan Aktiviti :
• Bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang kreativiti menggunakan teknologi dan aplikasi reka cipta poster digital atas talian.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program bermula pada jam 7.30 pagi.
• Seramai 40 pelajar dari 20 buah sekolah dari Daerah Kuantan telah menyertai program ini.
• Tema utama program ini adalah berkisahkan kerjaya impian.
• Pelajar diberikan tunjuk ajar serta panduan oleh fasilitator dari PEDi semasa sesi bengkel diadakan.
• Sesi pertandingan diadakan pada jam 11 pagi sehingga 1.00 petang.
• Penjurian pertandingan adalah dari wakil PPD Kuantan.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Melahirkan pelajar yang mahir menggunakan ICT.
• Membolehkan pelajar bekerjsaa dalam kumpulan bagi memberi idea untuk menghasilkan poster yang menarik.
• Menerapkan ilmu ICT berteraskan Klik Dengan Bijak.
• Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

Nama VIP :
• Encik Jantan Bin Yasin

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :