KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti terkini |2 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Bilik Ict Pedi Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas Asas Fotografi ini kerjasama 6 buah PEDi yang lain iaitu PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching, PEDi Taman Berjaya Permai dan PEDi Felda Bukit Sagu, PEDi Semambu dan PEDi Kg Seri Damai.
• Seramai 8 orang usahawan tempatan telah hadir pada sesi kelas pada kali ini dan mereka telah mempelajari sedikit sebanyak tentang asas fotografi produk dengan hanya menggunakan telefon pintar.


Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para usahawan tentang teknik-teknik yang betul dalam mengambil gambar produk mereka menggunakan telefon pintar.
• Usahawan dapat menggunakan gambar produk yang telah mereka ambil dengan teknik yang betul dan penggunaan cahaya yang jelas dalam mempromosikan produk mereka dalam platform jualan e-Dagang dan laman sosial.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Peserta diberi peluang untuk mengambil gambar produk mereka menggunakan “Puluz Photo Light Box” dengan kreativiti mereka sendiri.
• Peserta juga diberi tanggungjawab untuk mengambil gambar produk dengan menggunakan teknik-teknik yang telah diajar oleh tenaga pengajar.Gambar produk yang terpilih akan diberikan hadiah.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Usahawan dapat meningkatkan lagi teknik fotografi produk mereka supaya produk mereka kelihatan lebih menarik untuk tujuan promosi.
• Memberi peluang kepada usahawan untuk menggunakan “Puluz Photo Light Box” yang disumbangkan oleh Pihak MDEC bagi menarikkan lagi gambar produk mereka.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :