Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kawasan Semambu dibangunkan pada tahun 1960-an manakala sebelum ini lebih dikenali dengan nama Semambu Estate, Jeram.

Pada tahun 1983, nama Semambu Estate ditukar kepada Semambu dimana pada awalnya penduduk Semambu mempunyai jumlah penduduk 2000 ke 3000 orang sahaja. Kawasan Semambu ini mempunyai berbilang kaum dan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. India 40 keluarga, Cina 120 keluarga, Melayu 335 keluarga.

Sebelum ini, merupakan kawasan perkuburan komunis, gua, kolam dan sungai galing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024





KELAS ICT (CANVA)

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2023

Aktiviti membuat logo menggunakan Canva ...baca selanjutnya

BENGKEL MICROSOFT SKILLS FOR JOBS (KERJASAMA 3 BUAH PEDI & EAST ACADEMY KUANTAN)

Aktiviti Terkini | 15 November 2023

Program Microsoft Skills for Jobs merupakan sebuah inisiatif percuma dari kerjasama antara MCMC, Biji-biji NGO dan Microsoft...baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH SPEK RAHMAH EFKEYO OPTOMETRY

Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2023

Program Jelajah Spek Rahmah ini dianjurkan oleh Efkeyo Optometry yang beribu pejabat di Kemaman, Terengganu...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI S.A.F.E. INTERNET DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS KG JAYA GADING (KERJASAMA 8 BUAH PEDI KLUSTER KUANTAN)

Aktiviti Terkini | 15 September 2023

Program Advokasi S.A.F.E. Internet telah diadakan di Tabika KEMAS Kg Jaya Gading, Kuantan dan telah dihadiri oleh hampir 90 orang kanak-kanak & 10 orang guru tabika tersebut...baca selanjutnya

ADVOKASI : MERWARNA TEMA KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2023

Aktiviti pertandingan merwana Bersama Pelajar Tardika Balok bagi memupuk semangat kemerdekaan kepada kanak-kanak Tardika...baca selanjutnya

KELAS ICI : MATHEMATICS QUIZ

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2023

Kelas ICT telah dijalankan dalam bentuk Quiz Mathematics bagi membantu pelajar mengulangkaji mata Pelajaran Mathematics....baca selanjutnya

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN- QUIZIZ

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2023

Kelas kuiz pembelajaran atas talian melalui laman web quiziz.com yang menyediakan permainan dan aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak sekolah rendah....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE BERSAMA PELAJAR PASTI KG PANCHING

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2023

Pertandingan mewarna secara dalam talian ini telah diadakan bersama dengan pelajar PASTI Kg Panching....baca selanjutnya

FACEBOOK INFO: CIPTA KAD RAYA RINGKAS MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Aktiviti Terkini | 13 April 2023

Menunjukkan cara-cara untuk memasukkan elemen dalam menghasilkan kad raya secara digital menggunakan canva....baca selanjutnya

FACEBOOK INFO: PERJANJIAN DIGITAL KELUARGA

Aktiviti Terkini | 11 Febuari 2023

Memberi pengetahuan kepada pentingnya perjanjian digital dalam institusi kekeluargaan...baca selanjutnya

FACEBOOK INFO: JENIS-JENIS SCAM DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang apa itu scam....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti