Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kawasan Semambu dibangunkan pada tahun 1960-an manakala sebelum ini lebih dikenali dengan nama Semambu Estate, Jeram.

Pada tahun 1983, nama Semambu Estate ditukar kepada Semambu dimana pada awalnya penduduk Semambu mempunyai jumlah penduduk 2000 ke 3000 orang sahaja. Kawasan Semambu ini mempunyai berbilang kaum dan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. India 40 keluarga, Cina 120 keluarga, Melayu 335 keluarga.

Sebelum ini, merupakan kawasan perkuburan komunis, gua, kolam dan sungai galing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024





PERTANDINGAN GUBAHAN CHOCOLATE & SNACK BOUQUET

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019

Pertandingan ini juga dapat dijadikan landasan mencungkil dan mengasah bakat semulajadi dalam bidang keseniaan, kebudayaan dan kemahiran para peserta dan dapat memberi idea kepada peserta untuk membuat bisnes yang boleh mendapatkan keuntungan dan duit sampingan untuk mereka....baca selanjutnya

PAMERAN ANALOG SWITCH OFF DI SEMINAR 5G BEYOND IMAGINATION

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan dapat menyampaikan maklumat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan...baca selanjutnya

PROGRAM SUKANEKA

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Program ini dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-masing dan menguji daya fikir peserta untuk menyelesaikan masalah....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA HARI KOPERASI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 04 September 2019

Program ini memberi kesedaran mengenai Klik Dengan Bijak serta memperkenalkan Program Kesedaran Analog Switchoff (ASO)...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA TADIKA KEMAS SEMPENA MERDEKA

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2019

Pertandingan ini menarik minat penduduk setempat untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI Semambu....baca selanjutnya

PAMERAN MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 02 & 03 Ogos 2019

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI orang awam. Program ini dihadiri oleh YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad..baca selanjutnya

PROGRAM PAMERAN MALAYSIA BAHARU

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2019

Objektif utama penganjuran Pameran Malaysia Baharu adalah untuk menyampaikan maklumat terkini pencapaian cemerlang kerajaan baharu sempena setahun pentadbiran....baca selanjutnya

PROGRAM KDB RAYA KLUSTER KUANTAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya. Program ini tercetus, hasil daripada pandangan En. Fairose untuk mengadakan satu program ringkas yang melibatkan kesemua PI Kluster Kuantan, pihak Digi dan MCMC....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BALOK

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2019

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar & guru tentang penggunaan teknologi secara berhemah....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2019

Pertandingan Online Puzzle akan diadakan pada 18 Mei 2019. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik antara peserta dan staf PI serta. Pertandingan ini diadakan di bilik latihan. Pemilihan aktiviti ini adalah bagi tujuan menguji kecekapan dan ketajaman minda peserta menyiapkan puzzle dengan masa yang pantas. Sasaran peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 20 April 2019

Program Advokasi di SK Semambu melibatkan pelajar dan guru-guru. Pada hari tersebut edaran flyers mengenai program Klik Dengan Bijak & E-Waste diberikan kepada guru-guru. Selain itu pelajar tahun 3, 4, 5 & 6 menyertai taklimat berkaitan penggunaan teknologi secara berhemah. Mereka juga diberi soalan-soalan berkaitan KDB....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019

Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Seramai lebih 200 orang pelajar dari SK Cherating telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini....baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Online

Aktiviti Terkini | 23 Febuari 2019

Pertandingan mewarna online menggunakan colouring app www.online-coloring.com....baca selanjutnya

Pertandingan Speed Typing

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2019

Menguji kecekapan peserta untuk menggunakan papan kekunci untuk menaip dengan pantas dan menarik minat penduduk setempat untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI Semambu....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti