Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kawasan Semambu dibangunkan pada tahun 1960-an manakala sebelum ini lebih dikenali dengan nama Semambu Estate, Jeram.

Pada tahun 1983, nama Semambu Estate ditukar kepada Semambu dimana pada awalnya penduduk Semambu mempunyai jumlah penduduk 2000 ke 3000 orang sahaja. Kawasan Semambu ini mempunyai berbilang kaum dan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. India 40 keluarga, Cina 120 keluarga, Melayu 335 keluarga.

Sebelum ini, merupakan kawasan perkuburan komunis, gua, kolam dan sungai galing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024





GOTONG-ROYONG BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2018

Tujuan utama program adalah untuk bekerjasama dan beramah mesra dengan ahli pusat internet Semambu disamping menerapkan nilai kerjasama dan kebersihan dalam diri ahli PI....baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN KELUARGA PERINGKAT KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 30 November 2018

Program ini adalah program membudayakan etika penggunaan gajet serta melayari alam siber secara sihat bertepatan dengan konsep Sambutan Bulan Keluarga Peringkat Kebangsaan Negeri Pahang 2018 iaitu “Keluarga Bijak Siber”....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2018

Program telah bermula seawal 8.30 pagi dan berlangsung selama setengah hari. Beberapa aktiviti sukaneka turut diselitkan bagi menarik pengunjung ke program terbabit. Selain itu, hadiah cabutan bertuah juga turut disediakan kepada pengunjung yang membeli produk berkenaan....baca selanjutnya

PERMAINAN MODEN DAN TRADISIONAL

Aktiviti Terkini | 09 September 2018

Tujuan utama program adalah untuk bekerjasama dan beramah mesra dengan ahli pusat internet Semambu disamping menerapkan nilai kerjasama dan kebersihan dalam diri ahli PI. ...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PI SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 01 September 2018

Tujuan utama program adalah untuk menguji daya minda sambil menghilangkan stress dikalangan ahli PI. Selain itu mengeratkan lagi hubungan sesama ahli PI....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL USAHAWAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Program Advokasi ini telah berlangsung pada 21/07/2018 (Sabtu) di Kuantan Parade bersempena dengan Karnival Usahawan Pahang Vol. 2 yang mana melibatkan ramai usahawan tempatan dan setiap hasil jualan mereka sedikit sebanyak akan disumbangkan kepada persatuan kanak-kanak autism daerah Kuantan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2018

Program Advokasi ini melibatkan lebih 300 orang pelajar sekolah dan guru yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat usia. Satu pameran telah dijalankan pada hari berkenaan yang melibatkan beberapa orang staff PI di mana pameran tersebut telah mengetengahkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di PI seperti Program KDB, E-Waste, Check Your Label dan juga Robotik anjuran Digi-Petrosains. Kuiz uji minda juga turut diadakan pada hari berkenaan....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA MASJID SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, staff PI dijemput untuk turut serta meraikan majlis tersebut selain sambil kenal mengenal sesama penduduk setempat....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA PUSAT INTERNET SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Tujuan utama program adalah untuk membuat rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dan memberi kesedaran sivik yang baik untuk komuniti setempat bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti bersama orang ramai....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PI1M SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2018

Tujuan utama program adalah untuk bekerjasama dan beramah mesra dengan penduduk sekitar Semambu disamping memperkenalkan pusat internet kepada penduduk bagi meningkatkan jumlah ahli pusat internet....baca selanjutnya

PERTANDINGAN CROSSWORD & WORD SEARCH

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi pengetahuan tentang komputer sambil mereka mencari jawapan berkaitan berkaitan topik komputer yang diberi....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M SERI DAMAI & FELDA BUKIT SAGU

Aktiviti Terkini | 05 & 06 Mei 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan pelajar. Para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kepentingan melayari internet dengan lebih bijak....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M FELDA LEPAR HILIR & PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 21 & 29 April 2018

Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan diantara pelajar serta penduduk sekitar PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TENGKU ABDUL RAHMAN TALIB (SMART)

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

HARI GOTONG-ROYONG TADIKA KEMAS SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2018

Tujuan utama program adalah untuk bekerjasama dan beramah mesra dengan penduduk sekitar Semambu disamping memperkenalkan pusat internet kepada penduduk bagi meningkatkan jumlah ahli pusat internet...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat....baca selanjutnya

SERAMBI TERUNTUM RUN 2018

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Komuniti untuk menaikkan nama Serambi Teruntum dan dan memperkenalkan usahawan kepada pengunjung...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti