Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kawasan Semambu dibangunkan pada tahun 1960-an manakala sebelum ini lebih dikenali dengan nama Semambu Estate, Jeram.

Pada tahun 1983, nama Semambu Estate ditukar kepada Semambu dimana pada awalnya penduduk Semambu mempunyai jumlah penduduk 2000 ke 3000 orang sahaja. Kawasan Semambu ini mempunyai berbilang kaum dan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. India 40 keluarga, Cina 120 keluarga, Melayu 335 keluarga.

Sebelum ini, merupakan kawasan perkuburan komunis, gua, kolam dan sungai galing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024





PERTANDINGAN SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 31 Disember 2020

Menjalankan aktiviti di atas talian dengan komuniti setempat walaupun keadaan semasa yang dilanda pandemic covid19...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ KLIK DENGAN BIJAK & KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA

Aktiviti Terkini | 28 November 2020

Pertandingan kuiz berkaitan dengan Klik Dengan Bijak dan Kempen Kebebasan Bersuara...baca selanjutnya

PERTANDINGAN GUBAHAN MENGGUNAKAN BARANG KITAR SEMULA

Aktiviti Terkini |30 Oktober 2020

Taklimat asas cara untuk menghasilkan barang-barang kreatif menggunakan barang kitar semula...baca selanjutnya

PROGRAM PEMANTAPAN PEMASARAN DIGITAL (ONLINE) BERSAMA MYNIC BERHAD

Aktiviti Terkini | 19 & 20 September 2020

Memberi pendedahan kepada usahawawan tentang pembinaan laman web dalam memasarkan produk menggunakan laman web di bawah domain sendiri....baca selanjutnya

Lawatan Ketua Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di PI Semambu

Aktiviti Terkini |15 Ogos 2020

Membuat lawatan ke Pusat Internet Semambu untuk melihat aktiviti atau program yang dijalankan di Pusat Internet Semambu....baca selanjutnya

Kelas Pengenalan Asas Microbit

Aktiviti Terkini |9 Ogos 2020

Memberi pengetahuan awal tentang microbit yang akan dipelajari murid Tahun 5 pada tahun hadapan.....baca selanjutnya

Pertandingan eSports FiFA20 kategori bawah 17 tahun anjuran IMFutures

Aktiviti Terkini |9 Ogos 2020

Satu inisiatif dari pihak IMfutures dengan kerjasama Pusat Internet Semambu untuk mencari bakat belia dalam permainan atas talian FIFA 20.....baca selanjutnya

Pertandingan eSports FiFA20 kategori bawah 17 tahun anjuran IMFutures

Aktiviti Terkini |8 Ogos 2020

Satu inisiatif dari pihak IMfutures kerjasama Pusat Internet Semambu untuk mencari bakat anak muda dalam permainan atas talian FIFA 20....baca selanjutnya

Kelas Basic Online MarketPlace (SHOPEE) Workshop kerjasama IMFutures

Aktiviti Terkini |5 Ogos 2020

Satu inisiatif dari pihak IMfutures kerjasama Pusat Internet Semambu untuk memberi pengetahuan asas tentang penghasilan akaun shopee dan cara untuk berniaga di atas platform shopee....baca selanjutnya

PROGRAM KITAR SEMULA BARANG TERPAKAI KERJASAMA DENGAN SWCORP

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2020

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk dijadikan barang-barang baru. ...baca selanjutnya

LAWATAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA DI PI SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2020

Membuat lawatan ke Pusat Internet Semambu untuk melihat aktiviti atau program yang dijalankan di Pusat Internet Semambu....baca selanjutnya

NORMA BAHARU URUSAN DI PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2020

Menjalankan aktiviti seperti biasa dengan norma baharu semasa tempoh pergerakan pemulihan....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

PERTANDINGAN GUBAHAN STIK KAYU

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2020

Pertandingan ini dapat mencungkil bakat peserta dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2020

Program ini adalah program-program inisiatif dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melahirkan pengguna internet yang berhemah...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti