Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kawasan Semambu dibangunkan pada tahun 1960-an manakala sebelum ini lebih dikenali dengan nama Semambu Estate, Jeram.
Pada tahun 1983, nama Semambu Estate ditukar kepada Semambu dimana pada awalnya penduduk Semambu mempunyai jumlah penduduk 2000 ke 3000 orang sahaja. Kawasan Semambu ini mempunyai berbilang kaum dan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. India 40 keluarga, Cina 120 keluarga, Melayu 335 keluarga.
Sebelum ini, merupakan kawasan perkuburan komunis, gua, kolam dan sungai galing.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Digi Awareness Talk
Aktiviti Terkini | 15 Disember 2016Program CyberSAFE bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan pengguna di Internet... baca selanjutnya
Program Interversi Pemerkakasan Keluarga dan Komuniti(FACE)
Aktiviti Terkini | 11 Disember 2016Program Klik Dengan Bijak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan menggunakan internet... baca selanjutnya
Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran Petrosains
Aktiviti Terkini | 25 - 27 November 2016Pihak pengurusan PI1M diberi peluang untuk bersama-sama terlibat dalam Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran pihak Petrosains. Tujuan aktiviti ini disertai adalah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia, program E-waste & Klik Dengan Bijak kepada para pengunjung... baca selanjutnya
SESI KE-2 BENGKEL ROBOTIK PETROSAINS BERSAMA SEKOLAH DAN PI1M ANJURAN DIGI
Aktiviti Terkini | 21 - 22 November 2016Sesi ke-2 untuk bengkel ini adalah bertujuan mempelajari lebih lanjut tentang cencor atas robot & cencor LED dibawah robot... baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
BENGKEL ROBOTIK PETROSAINS BERSAMA SEKOLAH DAN PI1M ANJURAN DIGI
Aktiviti Terkini | 04 - 05 Oktober 2016Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari lebih mendalam dalam bidang teknologi sains dan meningkatkan kreativiti pelajar serta mempunyai berdaya saing yang sihat dan bekerjasama dalam kumpulan... baca selanjutnya
PERJUMPAAN PETROSAINS DAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA ANJURAN DIGI
Aktiviti Terkini | 21 September 2016Perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang Bengkel Robotik yang akan diadakan di PI1M Semambu pada 4 dan 5 November 2016. Bengkel ini adalah usahasama antara pihak Digi dan juga pihak Petrosains... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M Semambu ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Semambu seperti kelas komputer dan sebagainya.
Latihan Usahawan PERCUMA
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan... baca selanjutnya